|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Saturday, October 16, 2010
Tips Mendidik Anak
Sunday, October 10, 2010
Berikut merupakan antara 9 petua dari Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa yang mustajab
1. Anas Bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Doa di antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.” [3]
2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Allah akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan dariKu maka Aku akan mengampuninya. [4]
3. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, “Tiga orang yang tidak ditolak doanya, iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.” [5]
4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat di antara hamba dan tuhanNya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.” [6]
5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah, kerana sesungguhnya binatang tersebut melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah dari godaan syaitan, kerana binatang tersebut melihat syaitan.” [7]
6. Ubadah Bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan, Kemudian mengatakan, atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwudhu (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.” [8]
7. Ata Bin Abi Rabah berkata “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda, sesiapa yang membaca surah Yassin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.” [9]
8. Hadith dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.” [10]
9. Hadith dari Abu Hurairah, “Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda, pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.” [11]
Wallahu’alam.
Tuesday, October 5, 2010
HARGAILAH MEREKA YANG MENYAYANGI KITA
Dunia ini tidak selalunya indah, itulah sebuah hakikat di dalam kehidupan ini. Ada kalanya kita berada di dalam kesenangan, ada masanya pula kita akan berasa kesusahan. Yang lebih menyedihkan lagi,
kesenangan itu hanyalah dirasa dalam masa yang singkat sahaja dan kesusahan dirasa dalam masa yang agak lama.
Setiap insan di muka bumi pasti ingin disayangi dan dihargai, begitu juga untuk menyayangi dan menghargai. Tetapi sudah menjadi lumrah kehidupan apabila kita disayangi, kita lupa untuk menghargainya buat masa yang panjang ataupun buat selama-lamanya. Bila sudah disayangi, kita berasa senang dan gembira selalu apabila hidup kita diambil berat oleh orang lain. Tetapi benar-benarkah kita menghargainya?
Hargailah insan yang menyayangimu walaupun dia bukan insan yang kamu pilih untuk disayangi, kerana dia juga mempunyai hati dan perasaan untuk dihargai. Walaupun tidak setinggi gunung penghargaan yang kamu beri, cukuplah sekadar mengjaga hati dan perasaannya. Sesungguhnya ia lebih bermakna daripada wang ringgit.
Kehidupan ini hanyalah sementara, setiap yang hidup pasti akan berakhir jua. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Itulah ungkapan yang sering kita dengar, tetapi adakah kita benar-benar menghayatinya? Tidak jawapanya untuk jangka masa yang lama, ya dalam jangka masa yang singkat. Kita tidak pernah sedar akan hakikat itu, tetapi bersyukurlah jika kita diberi ingatan yang kukuh mengenainya.
Kasih sayang seseorang bukan barang atau objek untuk dimainkan, tetapi ianya adalah satu kurniaan tuhan yang perlu kita hargai dan hormati. Tetapi bukanlah kita perlu berlaku hipokrit, atau berlakon semata-mata untuk menghargai seseorang. Hargailah dan hormatilah dia dengan seikhlas hati kamu. Jangan sesekali menyakiti hatinya, kerana sudah pasti dia rasa tidak dihargai.
Ingatlah selalu bahawa kehidupan ini tidak selalunya mudah untuk kita lalui, tambahan pula dalam membina sebuah perhubungan. Antara dua insan pasti ada yang ketiganya, hargailah dan hormatilah insan yang menyayangimu sentiasa. Jangan sesekali melukakan hatinya, kerana dia insan yang patut kamu hargai.
I LOVE YOU ALL
I LOVE MY FRIENDS
Subscribe to:
Posts (Atom)