|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Saturday, October 16, 2010
Tips Mendidik Anak
Sunday, October 10, 2010
Berikut merupakan antara 9 petua dari Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa yang mustajab
1. Anas Bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Doa di antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.” [3]
2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Allah akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan dariKu maka Aku akan mengampuninya. [4]
3. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, “Tiga orang yang tidak ditolak doanya, iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.” [5]
4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat di antara hamba dan tuhanNya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.” [6]
5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah, kerana sesungguhnya binatang tersebut melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah dari godaan syaitan, kerana binatang tersebut melihat syaitan.” [7]
6. Ubadah Bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan, Kemudian mengatakan, atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwudhu (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.” [8]
7. Ata Bin Abi Rabah berkata “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda, sesiapa yang membaca surah Yassin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.” [9]
8. Hadith dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.” [10]
9. Hadith dari Abu Hurairah, “Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda, pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.” [11]
Wallahu’alam.
Tuesday, October 5, 2010
HARGAILAH MEREKA YANG MENYAYANGI KITA

Dunia ini tidak selalunya indah, itulah sebuah hakikat di dalam kehidupan ini. Ada kalanya kita berada di dalam kesenangan, ada masanya pula kita akan berasa kesusahan. Yang lebih menyedihkan lagi,
kesenangan itu hanyalah dirasa dalam masa yang singkat sahaja dan kesusahan dirasa dalam masa yang agak lama.
Setiap insan di muka bumi pasti ingin disayangi dan dihargai, begitu juga untuk menyayangi dan menghargai. Tetapi sudah menjadi lumrah kehidupan apabila kita disayangi, kita lupa untuk menghargainya buat masa yang panjang ataupun buat selama-lamanya. Bila sudah disayangi, kita berasa senang dan gembira selalu apabila hidup kita diambil berat oleh orang lain. Tetapi benar-benarkah kita menghargainya?
Hargailah insan yang menyayangimu walaupun dia bukan insan yang kamu pilih untuk disayangi, kerana dia juga mempunyai hati dan perasaan untuk dihargai. Walaupun tidak setinggi gunung penghargaan yang kamu beri, cukuplah sekadar mengjaga hati dan perasaannya. Sesungguhnya ia lebih bermakna daripada wang ringgit.
Kehidupan ini hanyalah sementara, setiap yang hidup pasti akan berakhir jua. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Itulah ungkapan yang sering kita dengar, tetapi adakah kita benar-benar menghayatinya? Tidak jawapanya untuk jangka masa yang lama, ya dalam jangka masa yang singkat. Kita tidak pernah sedar akan hakikat itu, tetapi bersyukurlah jika kita diberi ingatan yang kukuh mengenainya.
Kasih sayang seseorang bukan barang atau objek untuk dimainkan, tetapi ianya adalah satu kurniaan tuhan yang perlu kita hargai dan hormati. Tetapi bukanlah kita perlu berlaku hipokrit, atau berlakon semata-mata untuk menghargai seseorang. Hargailah dan hormatilah dia dengan seikhlas hati kamu. Jangan sesekali menyakiti hatinya, kerana sudah pasti dia rasa tidak dihargai.
Ingatlah selalu bahawa kehidupan ini tidak selalunya mudah untuk kita lalui, tambahan pula dalam membina sebuah perhubungan. Antara dua insan pasti ada yang ketiganya, hargailah dan hormatilah insan yang menyayangimu sentiasa. Jangan sesekali melukakan hatinya, kerana dia insan yang patut kamu hargai.
I LOVE YOU ALL
I LOVE MY FRIENDS
Thursday, July 29, 2010
Tips Doa Untuk Kekasih

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…
Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…
Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…
Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…
Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…
Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…
Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.
AYAH

Siang dan malam beliau bekerja membanting tulang
Mencari uang untuk anak istrinya
Siang dan malam ia berusaha
Membahagiakan keluarganya di rumah
Tenaga yang ia kuraskan
Bercampur peluh yang ia keluarkan
Apapun ia lakukan
Demi membuat anak-anaknya tetap sekolah dan hidup aman
Saat kita minta mainan mahal
Ibu selalu menyanggupinya
Tetapi Ayah akan menolaknya
Saat itu kita merasa bahwa Ayah itu jahat
Padahal sesungguhnya
Ayah hanya ingin anaknya tahu
Bahwa ia perlu belajar untuk tegas
Dan membangun pengorbanannya sendiri
Ayah hanya ingin anaknya
Tumbuh kuat dan mandiri
Membangun keluarga sendiri
Ataupun membina keluarga sendiri suatu saat nanti
Sesungguhnya Ayah pun ingin
Memanjakanmu seperti Ibu
Tetapi beliau ingat tugasnya
Untuk mendidikmu menjadi teguh dan tidak goyah pendirian
Hormatilah Ayahmu sebagaimana
Kau menghormati Ibumu
Dan sebagaimana
Dirimu ingin dihormati
Sayangilah Ayahmu
Yang telah mendidikmu
Yang telah menasihatimu
Yang memberimu pelajaran akan hidup
Jangan sombong dengan kelebihan sementara(baca dan hayati)
Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan , ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.
Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut ; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut.
Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil , menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi :
” Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu kereta baru , mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit Executive tersebut.
Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf ; ” Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat , ia merayu . Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil”.
Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. “Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya , ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.
Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda. Terima kasih , pakcik, Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.
Tak dapat digambarkan dengan perkataan , Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.
Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta , WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .
Pengajaran :
Tuhan tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.
=========
Semoga menjadi iktibar dan renungan kita bersama…
Friday, July 23, 2010
KAWAN,TEMAN DAN SAHABAT

AKU ADALAH SEORANG INSAN YANG BERTUAH KERANA TELAH DIKURNIAKAN SEORANG SAHABAT JIKA SUSAH DAN SENANG BERSAMA... BUKAN MUDAH UNTUK KITA TEMUI SAHABAT YANG SALING MEMAHAMI ADA KETIKA KITA HANYA MEMAHAMI DIRINYA TAPI DIA TIDAK MEMAHAMI KITA.. AKU BERASA BERTUAH KERANA KAMI SALING BANTU MEMBANTU.. TPI KADANG2 MANUSIA NI X SEMPURNA SEMUA PERNAH MELAKUKAN KESILAPAN SO X YAH LH NK AMBIL HATI DGN BENDA REMEH TEMEH,, X DATANGKAN APA2 OUN PDA AKU N KAWAN2... SELAGI AKU BERDAYA UNTUK BERSABAR AKU AKAN TEMPUHI DUGAAN YG ALLAH BGI KERANA X KN ALLAH BGI AKU DUGAAN JIKA DIA TAHU AKU X MAMPU UNTK TEMPUHI..... TO ALL MY PERENTS I LOVE YOU ALL. MAY ALLAH BLESS YOU
Subscribe to:
Posts (Atom)
